NEGARA

Demak EX-90 guna plat AKU 8055

Demak EX-90 guna plat AKU 8055

Gambar motosikal Demak EX-90 milik De Wei menggunakan nombor pendaftaran AKU 8055 berharga RM74,000 yang tular di laman sosial Facebook sejak kelmarin.


IPOH – Nombor pendaftaran AKU 8055 yang berjaya dibida dengan harga RM74,000 oleh seorang ahli perniagaan dari Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini digunakan pada sebuah motosikal jenis Demak EX-90 yang hanya berharga kira-kira RM2,600.

Keputusan pemilik nombor AKU 8055 yang menjadi rebutan ramai mencetus tular di media sosial terutamanya Facebook apabila ramai yang terkejut dan rata-rata memberi komen bahawa nombor tersebut disifatkan sebagai tidak sepadan dengan motosikal Demak EX-90.

Pemilik AKU 8055 yang mirip perkataan AKU BOSS berjaya dibida oleh Ch’ng De Wei selepas bersaing dengan ramai kenamaan lain termasuk artis dan bintang sukan.

Selepas berita nombor pendaftaran AKU 8055 didaftarkan pada motosikal Demak EX-90 menjadi tular di media sosial, De Wei menerusi jurucakapnya yang mahu dikenali sebagai Bob tampil membuat penjelasan.

Menurut Bob, ahli perniagaan yang berjaya membida nombor tersebut sebenarnya mempunyai perancangan lebih besar iaitu menjual motosikal tersebut dengan harga RM400,000.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 47