INFINITI

Usah risau dengan Samsung Galaxy J Pro

Usah risau dengan Samsung Galaxy J Pro


GALAXY J7 Pro menggunakan kamera hadapan dan belakang 13 mega piksel.


JENAMA Samsung sering tampil dengan peranti kelas atasan yang tidak kurang hebat harganya.

Namun, peminat kini tidak perlu gusar kerana Samsung menawarkan telefon pintar mampu milik kepada para pelanggan.

Samsung memperkenalkan siri baharu, keluarga J yang kini boleh didapati di Malaysia.

Siri Galaxy J Pro ini ditawarkan dengan tiga pilihan iaitu Galaxy J3 Pro, Galaxy J5 Pro dan Galaxy J7 Pro.

Paling menarik, penawaran terbaharu daripada Samsung itu juga disertakan dengan satu tahun perlindungan skrin dan satu tahun jaminan lanjutan bagi mana-mana pembelian siri Galaxy J Pro mulai sekarang sehingga 30 September 2017.

Berdasarkan perbandingan bagi koleksi ini, Galaxy J3 Pro ditawarkan pada harga berpatutan RM699.

Ia didatangkan dengan saiz 5.0 inci HD TFT, cip empat teras 1.4GHz dan 2GB RAM.

Selain itu, ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mickroSD sehingga 256GB dan bateri berkapasiti 2,400mAh.

Spesifikasi ini sudah cukup buat individu yang gemar melayari media sosial teruja.

Galaxy J5 Pro pula ditawarkan pada harga RM1,149.

Ia hadir dengan skrin 5.2 inci paparan HD Super AMOLED, 3GB RAM, bateri berkapasiti 3,000mAh, ruangan storan 32GB yang boleh diperluaskan dengan kad mickroSD sehingga 256GB.

Melalui storan sebesar itu, pengguna boleh mendengar muzik, permainan video atau menonton wayang di mana-mana sahaja.

Anda juga boleh memiliki Galaxy J7 Pro dengan harga RM1,299. Model ini didatangkan dengan spesifikasi paling tinggi antara tiga model yang dilancarkan.

Ia dilengkapi skrin 5.5 inci HD penuh Super AMOLED.

Selain itu, cip lapan teras 1.6GHz, 3GB RAM, bateri berkapasiti 3600mAh dan ruangan storan 32GB turut boleh diperluaskan sehingga 256GB dengan kad mickroSD.

Pengguna kini dapat mengambil gambar swafoto dengan lebih jelas dan terang menggunakan kamera hadapan dan gambar yang mempunyai kualiti cahaya rendah dengan kamera belakang.

Sekarang dilengkapi dengan fungsi terbaru bagi Galaxy J5 Pro dan Galaxy J7 Pro. Swafoto seperti profesional dengan selfie fokus. Tingkatkan kuasa perisian anda untuk menggunakan fungsi terbaru ini.

Galaxy J5 Pro dan J7 Pro mempunyai fungsi pengimbas cap jari.

Siri Galaxy J Pro ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM bagi memudahkan pengguna menggunakan dua akaun sekali gus.

Pilihan warna pula terdiri daripada biru perak, merah jambu, hitam dan emas yang menepati warna-warna terkini pada 2017.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 32