DUNIA

Halimah Yacob bakal Presiden Singapura

Halimah Yacob bakal Presiden Singapura


REUTERS - HALIMAH melambai tangan selepas menyerahkan borang pencalonan kepada Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden di Singapura semalam.


SINGAPURA – Bekas speaker Parlimen, Halimah Yacob akan diumumkan secara rasmi sebagai Presiden Singapura esok selepas calon lain gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk bertanding dalam pilihan raya.

Beliau juga bakal menjadi Presiden wanita Singapura yang pertama.

Singapura telah memutuskan untuk menetapkan calon daripada komuniti Melayu bagi mengisi jawatan tersebut kali ini dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan di negara berbilang bangsa itu.

Pengalaman luas Halimah, 62, sebagai Speaker Parlimen secara automatik mela–yakkan beliau untuk jawatan tersebut di bawah peraturan pencalonan pilihan raya.

“Empat pemohon lain termasuk dua pemohon bukan Melayu gagal mendapatkan sijil kelayakan sebagai calon,” kata jabatan pilihan raya pulau itu.

Orang Melayu terakhir yang menjawat jawatan Presiden Singapura ialah Yusof Ishak. Wajah pemimpin itu tertera pada wang kertas Singapura.

Yusof menjadi Presiden antara tahun 1965 hingga 1970, tahun-tahun pertama kemerdekaan Singapura susulan penyatuan pendek dengan jirannya, Malaysia.

Kuasa eksekutif bagaima–napun, dipegang oleh Perdana Menteri pertama pulau itu, mendiang Lee Kuan Yew.

Penggal enam tahun bekas Presiden Singapura, Tony Tan tamat pada 31 Ogos lalu, manakala jawatan tersebut dipangku oleh Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, J Y Pillay sejak 1 September lepas.

Halimah pula akan memulakan penggalnya sebagai Presiden Singapura yang baharu pada Khamis ini. – Reuters/Agensi

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 31