DUNIA

Dua pulau di Caribbean rata akibat taufan

Dua pulau di Caribbean rata akibat taufan


AP - SEORANG wanita bersama dua anaknya berjalan di kawasan yang sarat dengan sampah sarap akibat Taufan Irma di Charlotte Amalie, St. Thomas, Kepulauan Virgin Amerika Syarikat kelmarin.


MARIGOT – Penduduk di Pulau Saint Martin dan Saint Barts, rantau Caribbean mengenangkan nasib mereka kelmarin ekoran terpaksa membina se­mula kehidupan selepas tinggal sehelai sepinggang akibat dibadai Taufan Irma.

Ribut gergasi itu mengakibatkan sebahagian besar daripada 80,000 penduduk di dua buah pulau tersebut hilang tempat tinggal dan tiada barangan ke­perluan.

“Masih ada lagi kehidupan di sini?” soal Michelene Jean-Charles, 23, wanita yang sarat mengandung di St Martin, pulau yang terbahagi kepada wilayah milik Perancis dan Belanda.

Hampir 70 peratus kemudahan di wilayah Belanda yang dikenali sebagai Sint Maarten musnah, kata pihak berkuasa.

Seramai empat orang disahkan terkorban di Sint Maarten, kata Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pada Ahad lalu, meningkat berbanding dua orang sebelum ini.

Perancis pula mengesahkan seramai 10 orang maut di wilayahnya, Saint-Martin.

Laporan kematian baharu di Sint Maarten pula menjadikan angka korban Taufan Irma di kepulauan Caribbean meningkat kepada 27 orang.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dijadualkan melawat Saint-Martin hari ini untuk menemui mangsa bencana dan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan, kata Menteri Dalam Negeri, Gerard Collomb.

Perancis dan Belanda bertungkus lumus mengagihkan bantuan logistik dan menghantar beratus-ratus anggota polis tambahan untuk menangani jenayah kecurian. – AFP

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 46