GENK

Mahu jadi pelajar berdisiplin

Mahu jadi pelajar berdisiplin


KEJAYAAN seseorang pelajar bergantung kepada disiplin diri yang dimiliki ketika menimba ilmu.


SOALAN:

ASSALAMUALAIKUM Che Kuntum. Saya merupakan seorang pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di ibu negara.

Saya mempunyai masalah mendisiplinkan diri ketika belajar sehingga sering mendapat kedudukan tercorot di dalam kelas.

Saya cuba untuk berubah tetapi ia hanya bertahan beberapa minggu.

Saya harap Che Kuntum dapat membantu kerana saya bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

Syukri,

Kuala Lumpur.

JAWAPAN:

WAALAIKUMUSSALAM Syukri. Jalan penyelesaian ada dalam diri adik sendiri. Mahu ataupun tidak, adik perlu menyelesaikannya segera kerana ia melibatkan masa depan.

Setiap manusia tidak sempurna dan mempunyai kelemahan tetapi apa yang penting ialah kemahuan untuk berubah dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Sebagai langkah awal, adik boleh senaraikan harapan adik untuk peperiksaan SPM akan datang dan senaraikan masalah serta halangan yang timbul.

Daripada situ, adik akan melihat titik kelemahan yang wujud dan cuba mengatasinya. Misalnya, jika malas, maka adik perlu cari motivasi agar sifat itu berubah kepada rajin dan begitulah seterusnya.

Paling penting, sentiasa mengerjakan solat lima waktu dan berdoa meminta pertolongan daripada Allah SWT agar adik dapat berubah dan diberi kekuatan untuk menimba ilmu dan mengulang kaji pelajaran.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 16