DUNIA

Jong-un puji ujian nuklear

Jong-un puji ujian nuklear

IMEJ KCNA menunjukkan Jong-un bertepuk tangan ketika meraikan kejayaan ujian nuklear Korea Utara dalam satu majlis di Pyongyang.- REUTERS


PYONGYANG – Pemimpin tertinggi, Kim Jong-un memuji ‘kejayaan sempurna’ ujian nuklear keenam dan terbesar Korea Utara dan menggesa agar pembangunan senjata diteruskan.

Pyongyang mengadakan ban­kuet, konsert dan persembahan lain semalam bagi meraikan ujian nuklear pada 3 September lalu. Korea Utara berkata, ia berjaya meletupkan sebuah bom hidrogen yang boleh dipasang pada peluru berpandu.

Letupan nuklear itu mencetuskan kecaman global dan desakan supaya sekatan ke atas Korea Utara dipertingkatkan.

Namun, Jong-un tidak menghiraukan kemarahan antarabangsa, malah beliau memuji ujian bom hidrogen itu sebagai ‘kejayaan sempurna’ dalam majlis makan malam bagi meraikan pasukan sain­tis dan juruteknik yang menggerakkan program nuklear Pyongyang, kata Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) semalam.

Menyifatkan ujian terbaharu itu sebagai ‘tuah besar dalam sejarah negara’, Jong-un menggesa supaya usaha digandakan bagi menyempurnakan misi Korea Utara untuk menjadi sebuah kuasa nuklear yang diiktiraf sepenuhnya.

Laporan dua muka surat oleh akhbar rasmi Korea Utara, Rodong Sinmun semalam memaparkan gambar Jong-un bersama isteri, Ri Sol-Ju menghadiri konsert khas yang dianjurkan untuk pasukan saintis dan juruteknik nuklear berkenaan.

Korea Utara menyatakan, ia memerlukan senjata nuklear untuk pertahanan negara tetapi Amerika Syarikat (AS) menuduh Pyongyang sengaja meminta-minta untuk berperang.

Terbaharu, AS meminta supaya Korea Utara dikenakan sekatan minyak dan aset Jong-un dibekukan.

Washington juga mahu melaksanakan sekatan tekstil dan menamatkan pembayaran kepada pekerja Korea Utara yang bekerja di luar negara.

Usul tersebut akan diundi oleh anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hari ini. – AFP

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 4500