KESIHATAN

Susu ibu lindungi bayi daripada serangan bakteria

Susu ibu lindungi bayi daripada serangan bakteria


PEMBERIAN susu ibu membantu bayi melawan bakteria secara semula jadi.– Gambar hiasan


UMUM mengetahui susu ibu merupakan makanan paling bagus untuk bayi. Ini kerana, kandungan nutrien di dalam susu sangat bersesuaian dengan keperluan harian bayi.

Sama seperti susu formula, susu ibu juga mengandungi campuran protein, lemak dan gula kompleks.

Bagaimanapun, menurut kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik daripada Universiti Vanderbilt, Nashville, Tennessee. Amerika Syarikat, Steven Townsend, kebaikan paling utama yang terdapat di dalam susu ibu dapat melindungi bayi daripada jangkitan bakteria.

“Berdasarkan kajian yang kami jalankan, susu ibu dipercayai mampu meningkatkan keberkesanan protein tubuh untuk melawan bakteria.

“Dengan kaedah tersebut, tubuh bayi akan lebih kebal untuk melawan semua penyakit secara semula jadi tanpa penggunaan antibiotik tambahan yang dikhuatiri mampu memberi kesan buruk kepada tubuh,” jelasnya.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 32