VARIA

Rasa Sayang tonjol keunikan Malaysia

Rasa Sayang tonjol keunikan Malaysia

Michael (empat dari kanan), Mas Ermieyati (lima dari kanan) dan Niki Cheong (lima dari kiri) mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Perasmian Rasa Sayang di Quill Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SEMPENA Hari Kebangsaan ke-60, beberapa buah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara mengambil inisiatif meraikan hari bermakna itu.

Tidak mahu ketinggalan, pusat beli-belah terkemuka, Quill City Mall (Quill), Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menganjurkan program Rasa Sayang.

Program yang berlangsung sehingga 17 September ini mengetengahkan sajian popular, persembahan pentas dan pameran interaktif berkaitan Malaysia.

Ketua Eksekutif Kumpulan Syarikat Quill, Datuk Ar. Michael Ong berkata, Rasa Sayang merupakan sebuah program yang diadakan bersempena bulan kemerdekaan.

Katanya, program tersebut berkisar mengenai sejarah negara, makanan dan tempat-tempat menarik di Malaysia bagi membangkitkan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat.

“Kami berharap menerusi program ini masyarakat dapat menikmati sajian lazat sambil berkongsi cerita-cerita menarik berkaitan kemerdekaan negara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Rasa Sayang di Quill baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Pegawai Komersial AirAsia Big Loyalty, Kathleen Leong dan Presiden Kakiseni, Ng Chee Kheong.

Sebanyak 20 buah gerai yang menyajikan 60 pilihan sajian dibuka di sekitar pusat beli-belah Quill. Antara makanan yang diketengahkan termasuklah sate, mi rebus, laksa Sarawak, dim sum dan kuih-muih.

Program tersebut turut mempamerkan video, gambar dan catatan oleh Niki Cheong berkaitan pengembaraannya ke seluruh negara dalam masa 15 hari.

Menerusi catatan tersebut membolehkan para pengunjung mengenali dengan lebih mendalam tempat-tempat bersejarah yang terdapat di negara ini.

Menurut Michael, program itu berupaya menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan memperluas serta memperkukuh semangat kekitaan, saling memahami dan menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia.

Orang ramai turut berpeluang memenangi baucar beli-belah berjumlah RM8,000 dengan menyertai pertandingan Cook for Malaysia yang diadakan sepanjang program itu berlangsung.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31