STAILO

Konsep busana maya taruhan terbaharu De Sophea

Konsep busana maya taruhan terbaharu De Sophea




HARI Raya Aidiladha akan menjelma tidak lama lagi. Ia akan disambut meriah dengan pelbagai juadah yang enak dan busana indah sebagai tanda meraikan hari istimewa itu.

Busana sopan dan anggun pasti menjadi pilihan untuk digayakan.

Ia lantas memberi peluang kepada De Sophea untuk menghasilkan rekaan yang bertepatan dengan tema itu.

Pemilik jenama itu, Nadzatul Nabila Roslan berkata, pihaknya menyediakan pelbagai koleksi baju kurung dan jubah untuk Hari Raya Haji pada kali ini.

Ia berkonsepkan rekaan moden, sederhana dan maya tetapi masih mengekalkan kesantunan wanita Muslimah.

“Kebanyakan koleksi De Sophea sebelum ini menggunakan elemen polos, namun pada kali ini kami ingin mengeluarkan busana yang bercorak dengan bertemakan maya iaitu bermotifkan petak, berbunga-bunga (floral) dan retro.

“Konsep maya sangat unik dan memerlukan si pemakai lebih berani untuk menggayakannya.

“Koleksi ini memberikan gaya yang lebih berbeza tetapi masih kelihatan anggun dan unik,” jelasnya sambil memberitahu, label itu bakal menyertai Brunei Islamic Fashion Week di Brunei pada 25 hingga 27 September ini.

De Sophea menyediakan koleksi yang sesuai digayakan untuk majlis formal atau kasual.

Bagi koleksi kurung, bajunya boleh disuai padan dengan seluar bagi individu yang mahukan gaya lebih santai.


FABRIK yang digunakan untuk keseluruhan koleksi ialah sifon mutiara Korea, linen cetakan Jepun dan Korea Amorgein.


Kebanyakan koleksi De Sophea menggunakan elemen batu kristal bagi menampakkan imej yang lebih eksklusif.

Begitu juga sulaman dan ropol renda bagi menaikkan nilai estetika setiap koleksi yang dikeluarkan.

Elemen eksklusif

Bersesuaian dengan trend tahun ini, jubah atau jubah dres keluaran jenama itu menggunakan fabrik berlipat bagi menonjolkan elemen eksklusif.

Mengulas mengenai pemilihan warna, Nadzatul Nabila berkata, kebiasaannya, dia akan memberi dua pilihan tema warna kepada pelanggan sama ada rona pastel atau terang.

Fabrik utama yang digunakan dalam penghasilan koleksi De Sophea adalah diimport khas dari Korea dan Jepun iaitu sifon mutiara Korea, linen cetakan Jepun dan Korea Amorgein.

“Kami mengutamakan kualiti fabrik dan memastikan material yang digunakan sesuai dengan cuaca di Malaysia.

“Fabrik kami tidak jarang dan panas serta sangat praktikal untuk digayakan ke mana-mana sahaja,” tuturnya.

Menggunakan garapan elemen moden kontemporari, De Sophea masih menerapkan nilai estetika tradisional bagi sesetengah koleksi khas untuk penggemar pakaian tradisional.

Setiap rekaan baju kurung dan jubah didatangkan dalam saiz XS hingga XXL yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan bermula dari RM150 sehingga RM300.

Koleksi ini sesuai dipakai oleh individu dalam lingkungan usia 18 hingga 45 tahun.

Koleksi Raya Haji De Sophea 2017 telah dilancarkan pada awal bulan Ogos. Mempunyai butik fizikal di Klang Selangor, De Sophea masih aktif menerima tempahan secara online.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31