DIVA INTERAKTIF

Hanez ubah imej, tayang leher pula

Hanez ubah imej, tayang leher pula

HANEZ hanya mengenakan turban sehingga mendedahkan bahagian lehernya ketika menggayakan busana rekaan Fizi Woo.


SEJAK berkahwin, pelakon Hanez Suraya memang sudah jarang Diva dengar cerita mengenainya. Rasanya mungkin Hanez mahu fokus kepada keluarga sahaja. Cumanya, sewaktu berlangsungnya satu pertunjukan fesyen baru-baru ini, kehadiran Hanez memang antara yang berjaya mencuri tumpuan.

Diva memang tak nafikan Hanez pada hari itu memang cukup cantik dan kelihatan stailo. Lebih-lebih lagi apabila menggayakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Fizi Woo. Bukan Diva sahaja yang memuji, ramai lagi yang ‘terpukau’ dengan gaya Hanez pada hari itu.

Cuma, pada masa sama, sebenarnya Diva pun sendiri tertanya-tanya, adakah imej wanita berhijab yang dibawa Hanez sudah bertukar? Bukan apa, penampilan Hanez pada hari itu tak silap Diva hanya mengenakan turban sahaja.

Maksudnya, dengan secara tidak langsung, Hanez hanya menutup kepala dan membiarkan bahagian lehernya terdedah. Diva sangkakan, Diva seorang sahaja yang tertanya-tanya, rupa-rupanya, ada juga netizen yang tegur mengenainya di laman sosial.

Bukan apa, ramai yang maklum bahawa Hanez memang sudah bertukar penampilan dengan berhijab selepas berkahwin. Gaya pemakaian tudungnya ramai yang suka, bahkan ada peminat meniru gayanya berhijab.

Cumanya, netizen pun ada yang jadi sedikit hairan apabila konsep berhijab itu seolah-olah sudah bertukar dengan konsep berturban pula. Bukan apa, Diva pun rasa lebih molek kalau mana-mana individu yang berhijab itu dapat mengikut panduan menutup aurat sebenar. Barulah betul konsep berhijab itu.

Diva: Tahniah pelakon Mon Ryanti dapat anak kedua. Senyap-senyap rupanya tambah lagi.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 94