NEGARA

Unisel, MBI diserbu SPRM

Unisel, MBI diserbu SPRM


TIGA pegawai SPRM memasuki pejabat MBI di Seksyen 14, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu lima buah pejabat termasuk Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) berhubung pembayaran RM16 juta kepada sebuah syarikat konsesi swasta, Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) di sini, semalam.

Pembayaran itu melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan kediaman pelajar di Kampus Induk Universiti Selangor (Unisel), Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Serbuan bermula pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira pukul 5.50 petang itu melibatkan dua buah kampus Unisel di Seksyen 7, Shah Alam dan Bestari Jaya selain pejabat MBI.

Turut diserbu adalah pejabat JNSB di Kampus Unisel Bestari Jaya dan Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan penggeledahan tersebut dengan pasukan siasatan telah merampas sejumlah dokumen dari kesemua pejabat tersebut.

"Kita akan analisa dokumen-dokumen tersebut dan siasatan masih di peringkat awal bagi mengumpul bukti-bukti dan maklumat kukuh sebelum tindakan lanjut diambil," katanya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di beberapa lokasi serbuan mendapati sebanyak 10 kotak yang mengandungi dokumen berkaitan urus niaga tersebut telah diambil SPRM iaitu satu di MBI, kampus Unisel (4), kampus induk Unisel (3) dan pejabat JNSB, Desa Pandan (2).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 47