NEGARA

Ahli JKKK terima kad diskaun

Ahli JKKK terima kad diskaun


NAJIB (tiga dari kanan) melancarkan kad diskaun khas JKKK sambil diperhatikan oleh Ismail Sabri (empat dari kiri) pada majlis perasmian Konvensyen JKKK, Persekutuan dan Orang Asli di PWTC, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kira-kira 265,000 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk bahagian Persekutuan dan Orang Asli bakal menerima kad diskaun khas bermula Januari tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan inisiatif tersebut berkata, kad khas berkenaan bakal dikeluarkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk diagihkan kepada anggota kepimpinan JKKK di seluruh negara.

Menurut beliau, pemegang kad khas tersebut berpeluang menikmati potongan harga bagi setiap produk terpilih yang ditawarkan di syarikat dan agensi di bawah KKLW.

"Diskaun yang ditawarkan meliputi pembelian pelbagai barangan dan perkhidmatan seperti makanan, minuman, produk pertanian, pengangkutan serta penginapan di hotel.

"Penawaran kad diskaun ini merupakan sebahagian daripada kemudahan yang dapat diberikan oleh kerajaan dalam usaha menghargai kepimpinan dan komitmen ahli JKKK," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen JKKK, Persekutuan dan Orang Asli 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, timbalannya, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub serta Presiden Gabungan Persatuan Ketua Kampung Malaysia, Datuk Shahaimi Othman.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 31