NEGARA

Buruh terlepas hukuman kerana dimaafkan isteri

Buruh terlepas hukuman kerana dimaafkan isteri


MOHD. FIKRI dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam atas pertuduhan memukul isterinya.


KOTA BHARU – Seorang buruh yang didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan kayu penyapu dilepas dan bebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas wanita itu sanggup memaafkan perbuatan suaminya itu.

Tertuduh, Mohd. Fikri Idris, 29, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada Nurul Izam Sakinah Abdullah, 30, dengan memukul isterinya menggunakan batang penyapu sehingga meninggalkan kesan lebam pada badan mangsa. Difahamkan, batang penyapu yang digunakan untuk memukul mangsa patah dua.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat di No.171 Lorong Paya Purnama, Wakaf Mek Zainab di sini kira-kira pukul 9 malam pada 14 Ogos lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hamidah Mahmood manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 31