NEGARA

Khairul Hafiz dinobat raja pecut Asia Tenggara

Khairul Hafiz dinobat raja pecut Asia Tenggara

KHAIRUL (tengah) menjulang tangannya sebaik melepasi garisan penamat menewaskan Cray (kanan) di tempat kedua dan Kritsada (tempat ketiga) dalam acara 100m pada KL2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


MAHKOTA Raja Pecut Asia Tenggara kembali menjadi milik Malaysia hasil kejayaan Khairul Hafiz Jantan menjuarai acara final 100 meter (m) Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Kejayaan Khairul, 19, dengan catatan masa 10.38 saat (s) membolehkan dendangan lagu kebangsaan Negaraku akhirnya kembali berkumandang untuk acara reben biru itu selepas kali terakhir didendangkan 14 tahun lalu.

Ketika itu, ia dimenangi bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad yang juga juara berganda 100m dan 200m pada Sukan SEA 2003 di Hanoi, Vietnam.

Khairul, pemegang rekod kebangsaan dengan catatan masa 10.18s terlalu teruja dengan kejayaan tersebut apatah lagi ia adalah penampilan pertamanya di pentas Sukan SEA.

"Saya rasa seperti tak percaya dan sukar untuk menggambarkan ke–gembiraan ini. Memang saya berazam untuk merampas pingat emas ini buat Malaysia.

"Saya berterima kasih kepada semua terutama jurulatih (Mohd. Poad Kassim) atas kejayaan ini. Saya gembira menang pingat emas pada penampilan pertama dan lebih manis, ia dilakukan di halaman sendiri," katanya.

Pingat perak final 100m semalam dimenangi bekas juara bertahan, Eric Shauwn Cray dari Filipina dengan catatan masa 10.43s, manakala atlet Thailand, Kritsada Namsuwan terpaksa berpuas hati meraih tempat ketiga (10.43s).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 32