INFINITI

Pantau kadar kolesterol guna myBIA

Pantau kadar kolesterol guna myBIA


FATIMAH menunjukkan peranti myBIA yang digunakan untuk memantau kadar kolesterol


KOLESTEROL adalah bahan penting yang dihasilkan oleh hati.

Bahan ini memainkan peranan yang sangat penting untuk menyokong fungsi sel badan dan memproses pelbagai molekul biokimia dalam tubuh.

Pemantauan tahap kolesterol secara proaktif adalah amat mustahak terutamanya bagi pesakit yang mempunyai kecenderungan untuk diserang sakit jantung atau strok.

Buat masa ini, pengukuran tahap kolesterol dalam tubuh adalah menggunakan teknik invasif yang mengambil sampel darah pesakit.

Sampel ini kemudiannya diproses menggunakan kaedah bahan kimia untuk mendapatkan tahap kolesterol pesakit.

Prosedur pengambilan darah ini adalah invasif dan pesakit yang menjalani prosedur itu terdedah kepada risiko mendapat lebam atau hematoma.

Prosedur invasif sebegini juga tidak sesuai untuk pesakit diabetes.

Oleh itu, teknik bukan invasif yang boleh membantu menentukan tahap kolesterol dalam darah perlu diterokai dan diperkenalkan.

Untuk mengatasi kelemahan itu, sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim daripada Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan telah menghasilkan sebuah inovasi yang dinamakan sebagai myBIA.


MYBIA adalah peranti yang bersifat bukan invasif.


Menurutnya, perkataan ‘BIA’ dalam nama sistem ini diambil daripada singkatan bio-impedance analysis atau analisis galangan biologi mahupun tubuh manusia.

"Secara asasnya, myBIA merupakan sebuah sistem analisis galangan tubuh manusia dalam bentuk peranti mudah alih untuk digunakan bagi memantau komposisi elemen tertentu dalam tubuh pengguna termasuk kolesterol yang boleh dikorelasikan dengan pengurusan simptom serta penyakit secara lebih menyeluruh," katanya.

Dalam pada itu, Pakar Perubatan Geriatrik, Fakulti Perubatan UM, Prof. Dr. Maw Pin berkata, berbeza dengan peranti pengukuran elemen dalaman tubuh yang lain, myBIA adalah peranti bersifat bukan invasif.

Menurutnya, ukuran komposisi tubuh menggunakan myBIA boleh diperoleh dalam masa tiga minit sahaja. Hanya perlu menyambungkan elektrod peranti ke bahagian kulit pengguna pada pergelangan tangan dan kaki.

"Sistem ini langsung tidak menggunakan jarum atau apa jua peralatan lain bagi mengambil sampel daripada tubuh.

"Pengukuran kolesterol lazimnya menggunakan ujikaji kimia ke atas sampel darah yang diambil daripada pesakit.

"Proses ini mengambil masa yang agak panjang dan rumit terutamanya jika melibatkan pesakit yang telah berusia," katanya.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 31