TERKINI

Trafik internet bulanan Malaysia meningkat 1,200 peratus dalam tempoh 5 tahun

Trafik internet bulanan Malaysia meningkat 1,200 peratus dalam tempoh 5 tahun

22/08/2017 1:54pm


Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia


KUALA LUMPUR - Purata trafik internet bulanan Malaysia melonjak 1,200 peratus kepada 222.3 gigabit sesaat (Gbps) pada 2017, daripada 6.4Gbps yang dicatatkan pada 2012.

Malaysia Internet Exchange (MyIX), satu inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, perangkaan itu dikira berdasarkan kepada purata penggunaan enam bulan antara Januari hingga Jun bagi 2012 dan 2017."

"Pertumbuhan kukuh dalam tempoh lima tahun itu adalah petunjuk yang sangat baik bagaimana landskap internet negara telah membangun dengan begitu pesat sejak beberapa tahun lepas," kata Pengerusinya, Chiew Kok Hin.

Beliau berkata, kemuncak trafik tertinggi bulanan rangkaian MyIX meningkat pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (CAGR) 53.5 peratus tahun ke tahun sejak 2012, dan naik sehingga setinggi 248.9Gbps seperti yang dicatatkan pada Mac 2017.

"Aliran meningkat ini dijangka berterusan pada masa depan kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang menggunakan internet dan mahukan sambungan lebih pantas serta berterusan daripada penyedia perkhidmatan internet dan komunikasi mereka," katanya. - Bernama

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 46