RENCANA UTAMA

Kedatangan pelancong cetus polemik di Sepanyol

Kedatangan pelancong cetus polemik di Sepanyol


Sekumpulan penduduk tempatan mengadakan protes menentang kedatangan pelancong asing.


Bandar metropolitan Barcelona, Sepanyol merupakan kawasan popular tumpuan pelancong terbaharu di Eropah.

Ini kerana bandar Catalan itu menawarkan pelbagai aktiviti pelancongan menarik seperti menelusuri terusan romantik Venice, pekan medieval Dubrovnik termasuk belantara Isle of Skye, Scotland.

Ia secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada penduduk setempat.

Sungguhpun demikian, peningkatan jumlah pelancong di Catalan kini dianggap mimpi ngeri bagi kebanyakan penduduk tempatan.

Ia atas alasan kebanjiran pelancong asing menjadikan bandar tersebut tidak relevan untuk diduduki.

Selain itu, penduduk tempatan juga berang dengan tingkah laku pelancong asing seperti mabuk dan melakukan seks di kawasan terbuka.

Lebih mendukacitakan, segelintir penduduk tempatan terpaksa berpindah ke penempatan lain disebabkan sewa rumah meningkat.

“Kami tidak mahu pelancong di bangunan ini.” Kenyataan itu terpapar di atas kain rentang sebagai tanda protes terhadap pelancong asing di kawasan tersebut.

Demonstrasi tersebut turut dilaungkan di seluruh kawasan peranginan Sepanyol yang menjadi destinasi pelancongan popular ketiga dunia.

Pada musim panas lalu, sebilangan aktivis bertindak liar menyalakan suar dan membaling asap berwarna merah itu kepada pelancong yang sedang menjamu hidangan di restoran sekitar Palma de Majorca yang terletak di Pulau Balearic.

Segelintir mereka juga dengan rakusnya menyerang sebuah bas yang penuh dengan pelancong di Barcelona lantas menconteng tingkap bas berkenaan bagi tujuan menakutkan penumpang.

Rentetan protes itu, pihak berkuasa tempatan akhirnya sedar akan masalah tersebut seterusnya mencari jalan penyelesaian terhadap masalah kebanjiran pelancong asing di Sepanyol.

Di Pulau Balearic misalnya, 623,000 orang pelancong sahaha yang dibenarkan untuk menetap di hotel atau kemudahan menyewa penginapan dalam satu-satu masa.

Biarpun berdepan dengan pelbagai protes dan kritikan, Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy tetap mempertahankan sektor pelancongan yang dikatakan menyumbang kepada 11 peratus perkembangan ekonomi negara itu.

Sumber utama

Ini kerana realitinya, sektor pelancongan juga merupakan sumber pembangunan yang utama di seluruh Sepanyol.

Menurut Ketua Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO), Taleb Rifai, satu daripada 10 kerja di dunia terikat dengan sektor pelancongan yang menjana 10 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar.

“Pelancongan bukanlah musuh utama kerana ia membantu sektor ekonomi sesebuah negara,” jelasnya.

Dari tahun 1995 hingga 2016, jumlah pelancong asing meningkat dari 525 juta ke 1.2 bilion ekoran kos rendah pasaran China, India dan Negara-Negara teluk.

Sebagai contoh, Dubrovnik di Croatia merupakan kawasan pelancongan popular baharu bagi kapal pesiaran sebaik ia dijadikan latar belakang siri televisyen popular Game of Thrones.

Meskipun begitu, bagi penduduk tempatan, Ana Belosevic, 27, ia merupakan kawasan yang sewajarnya dielakkan sebagai kawasan rekreasi ekoran kesesakan lalu lintas.

“Disebabkan kesesakan itu, sukar bagi kami untuk masuk ke kawasan pekan.

“Malah, terpaksa beratur hampir sejam di bawah cahaya matahari pada suhu 40 darjah Celsius adalah tidak berbaloi,” katanya yang bekerja dalam bidang perhotelan.

Justeru, Datuk Bandar Dubrovnik, Mato Frankovic memberitahu, inisiatif untuk memantau jumlah pelancong yang masuk ke pekan lama negeri itu dan mengurangkan pelayaran kapal pesiaran di pelabuhan adalah dengan memasang kamera di kawasan tertentu.

Langkah berkenaan juga diaplikasikan ke kawasan lain seperti Laut Adriatik di Venice yang menerima kunjungan lebih 24 juta pelancong setiap tahun.

“Pihak berkuasa bersetuju untuk mengenakan sistem yang memaksa pelancong untuk melakukan tempahan jika mahu ke kawasan popular seperti Saint Mark Square pada waktu puncak.

“Pengunjung juga akan dikenakan denda 500 euro (RM2,525) sekiranya berkelah atau mandi di kawasan terusan,” jelasnya.

Undang-undang berkenaan sama seperti di Florence iaitu individu dilarang menyesakkan aliran lalu lintas dengan berkelah atau duduk di tangga gereja.

Sementara itu, Ketua Pertubuhan Warisan Tempatan, Maria de Lurdes Pinheiro berpendapat, peningkatan jumlah pelancong telah memberi impak signifikan terhadap penduduk kawasan Alfama, Lisbon sehingga berlakunya peningkatan harga hartanah.

“Rata-rata penduduk tempatan sukar mencari kadar sewa rumah pada harga bawah 1,000 euro (RM5,051) sebulan.

“Gaji kebanyakan rakyat Portugis pun tidak sebanyak itu.

“Selain itu, kebanjiran pelancong asing turut menyebabkan rungutan penduduk tempatan kerana mereka dikatakan merosakkan jalan, menjejaskan alam sekitar dan mengurangkan pilihan kemudahan awam,” jelasnya. – AFP

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 47