TERKINI

Kanak-kanak tujuh tahun maut tercekik buah mata kucing

Kanak-kanak tujuh tahun maut tercekik buah mata kucing

21/08/2017 1:45pm


Jenazah Aina Farihah selamat dikebumikan pagi tadi.


BACHOK - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas tercekik buah mata kucing dalam kejadian di Kuarters Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC), Kandis di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7 petang, mangsa Aina Farihah Mohd. Fadzil dikatakan sedang makan buah tersebut sebelum tercekik biji buah berkenaan.

Menurut bapa mangsa, Mohd. Fadzil Mohd, 36, mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kandis.

"Semasa sedang makan buah mata kucing yang terakhir itulah dia tercekik dan mengakibatkan dia sesak nafas dan wajahnya bertukar kebiruan.

"Saya terus tepuk-tepuk badannya bagi mengeluarkan biji buah tersebut namun gagal. Saya bawa dia ke Klinik Kesihatan Bachok namun Aina Farihah meninggal dunia di dalam perjalanan sebelum sempat mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Tok Jawa Teratak Pulai, Jelawat di sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 31