TERKINI

Isa Samad dibebaskan tahanan reman

Isa Samad dibebaskan tahanan reman

20/08/2017 11:32am


Isa Samad dibebaskan hari ini.


PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM150,000 dan dua penjamin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mohd. Isa, 68, sebelum ini direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Perintah jaminan itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Datuk Zainal Abidin Kamarudin setelah mengambil kira bahawa Mohd. Isa memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.

Terdahulu Mohd. Isa yang berpakaian baju lokap SPRM berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.49 pagi dan disambut hampir 100 orang ahli keluarga dan penyokongnya yang menyebut laungan "Hidup Tan Sri" sebaik beliau dibebaskan satu jam kemudian.

Ketika prosiding dijalankan, peguam Devkumar Kumaraendran yang mewakili Mohd. Isa memberitahu, pihak pendakwaan pada mulanya memohon jaminan RM1 juta daripada mahkamah.

Bagaimanapun, Devkumar berkata, mahkamah membenarkan jumlah jaminan itu dikurangkan kepada RM150,000 dan dua penjamin setelah mengambil kira kerjasama baik yang diberikan oleh anak guamnya sepanjang siasatan SPRM selain sumbangan Mohd. Isa yang banyak berbakti kepada negara.

Mohd. Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 2.40 petang, 15 Ogos lalu untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian hotel di London oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 32