KESIHATAN

Air berklorin beri kesan buruk pada tubuh manusia

Air berklorin beri kesan buruk pada tubuh manusia


AIR berklorin boleh menyebabkan beberapa masalah seperti rambut menjadi rosak serta mengakibatkan kulit menjadi kering dan gatal. – Gambar hiasan


SEORANG pakar dermatologi yang juga pengarah Onkodermatologi daripada Pusat Sains Perubatan dan Kesihatan George Washington, Amerika Syarikat mengingatkan orang ramai tentang bahaya air yang mengandungi klorin seperti di kolam renang.

Menurut Prof. Debra Jaliman, air yang digunakan di kolam renang selalunya akan dicampur dengan klorin untuk membunuh bakteria supaya ia selamat digunakan.

Bagaimanapun, kandungan klorin itu mampu memberi kesan buruk pada tubuh manusia seperti boleh merosakkan rambut dan membuatkan ia menjadi kering.

Bukan itu sahaja, klorin juga boleh membuatkan kulit seseorang menjadi kering dan gatal akibat tindak balas bahan kimia yang terkandung dalam klorin tersebut.

“Sebab itu pengguna disarankan untuk mandi selepas menggunakan kolam renang, selain turut digalakkan untuk memakai losyen pelembap,” jelas Jaliman.

Selain itu, klorin juga menyebabkan mata menjadi pedih dan gatal.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 32