DIVA INTERAKTIF

Ippo Hafiz, Amira Othman berkawan rapat

Ippo Hafiz, Amira Othman berkawan rapat


IPPO HAFIZ


NAK tersembur air kopi Diva tatkala ada seorang teman beritahu kononnya penyanyi dan komposer berbakat besar, Ippo Hafiz dengar-dengarnya sedang berkawan rapat dengan penyanyi yang sedang meningkat popular, siapa lagi kalau bukan Amira Othman.

Pelik juga Diva. Angin tak ada apatah lagi ribut, tiba-tiba terpalit gosip kononnya mereka berdua bercinta.

Bukan apa, sebelum ini Diva ada terdengar kononnya Amira sedang berkawan dengan juruhebah radio Era yakni Radin, tetapi cerita itu terkubur sebegitu saja.

Teman Diva beritahu, Ippo juga pernah berkunjung ke rumah Amira di Johor. Wah, serius juga bunyinya.


AMIRA OTHMAN


Cuma Diva enggan syak wasangka bukan-bukan. Bukan apa, Ippo kan pernah mencipta lagu untuk adik Amira iaitu Irfan Haris, jadi tidak mustahil kunjungan itu melibatkan soal kerja.

Mana tahu pandai-pandai saja teman Diva buat cerita, betul tak? Hehe. Cuma jika benar Ippo dan Amira ada hubungan istimewa, apa salahnya.

Dua-dua pun sama padan dan berbakat besar, jadi memang molek sungguh jika benar-benar berpacaran. Mudah juga nanti, bolehlah Ippo cipta lagu sedap-sedap, lepas itu Amira yang nyanyikan. Gittew. Jangan marah ye adik berdua, Diva mengusik je.

Diva: Pengarah hebat, Aziz M. Osman cuma mampu tersenyum apabila pelakon lama kutuk pelakon baharu. Abang Aziz dahulu masa berlakon pun ‘kayu’ tak? Diva tanya je. Hehe.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31