DIVA INTERAKTIF

Uqasha buat produksi pening

Uqasha buat produksi pening

Uqasha Senrose


TEMPOH hari, sewaktu Diva melepak bersama teman-teman, terbuka pula cerita mengenai pelakon cantik Uqasha Senrose. Apa yang Diva dengar, ada pihak produksi terkilan dengan Uqasha yang membatalkan persetujuan untuk terlibat dalam sebuah telefilem.

Katanya, kalau diberitahu awal-awal tidak mengapalah. Ini apa yang Diva difahamkan, pihak produksi kelam-kabut terpaksa cari pengganti lain gara-gara dibatalkan di saat-saat akhir. Maklumlah, heronya sudah ada. Macam mana nak teruskan penggambaran kalau tiada heroin.

Tak pasal-pasal, apa yang dirancang awal-awal, terpaksa dirombak semula, termasuklah jadual penggambaran artis.

Diva cuba risik-risik juga apa punca Uqasha tarik diri saat akhir, tetapi dengarnya, pihak produksi pun sendiri tidak tahu atas alasan apa. Cumanya, apa yang Diva dengar, Uqasha ada tawarkan adiknya, Nelydia Senrose untuk ganti tempatnya. Begitu pula ya?

Apapun, Diva yakin Uqasha mungkin ada alasan tersendiri mengapa dia terpaksa tolak. Kalau tidak mana mungkin dia suka-suka nak tarik diri begitu kan. Lagipun, dia pun orang dalam industri juga. Sudah pasti dia tahu situasi tarik diri saat akhir ini akan beri kesan kepada ramai pihak lebih-lebih lagi pasukan produksi itu sendiri. Betul tak Uqasha?

Diva: Comel je Diva baca status Twitter Datuk Siti Nurhaliza buat permintaan kepada stesen radio agar putarkan lagunya. Sopan-santun betul. Hehe.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 62