TERKINI

Akauntan rugi RM80,000, rumah dipecah masuk penyamun

Akauntan rugi RM80,000, rumah dipecah masuk penyamun

19/08/2017 7:48pm




GEORGE TOWN - Seorang akauntan sebuah kilang kerugian RM80,000 apabila rumahnya di Pesara Mahsuri 5, Bayan Lepas, dekat sini dipecah masuk ketika lelaki itu keluar bekerja semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superitendan A. Anbalagan berkata berdasarkan laporan polis dibuat lelaki berusia 43 tahun itu, mangsa hanya menyedari rumah yang didiaminya itu dimasuki pencuri selepas pulang dari tempat kerja kira-kira 6.30 petang dan mendapati lampu di dalam rumah teres satu tingkat itu menyala.

"Lelaki itu keluar bekerja pukul 8 pagi dan sebaik tiba di rumahnya dia mendapati keadaan di dalamnya berselerak. Apabila dia membuat pemeriksaan dia mendapati tujuh utas jam tangan pelbagai jenama, pelbagai mata wang, rantai emas dan pasport miliknya hilang.

"Terdapat CCTV di rumah mangsa tetapi suspek turut melarikan dekoder CCTV itu. Lelaki itu tinggal bersendirian," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis percaya kejadian itu dilakukan oleh lebih daripada seorang suspek yang memasuki rumah itu melalui siling dan keluar menerusi pintu belakang. dan menurut jirannya, dia terdengar bunyi bising seperti orang membaiki bumbung kira-kira pukul 2 petang. - Bernama

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 47