TERKINI

Shahrir Samad setuju jadi Pengerusi FELDA kerana ia institusi unik

Shahrir Samad setuju jadi Pengerusi FELDA kerana ia institusi unik

19/08/2017 4:54pm


SHAHRIR


JITRA - Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata beliau bersetuju menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana ia merupakan satu institusi yang unik dan tidak terdapat di negara lain.

Shahrir berkata ini kerana Felda diwujudkan oleh pemimpin UMNO terdahulu semata-mata untuk membangunkan masyarakat terutama bangsa Melayu dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka.

"Saya tidak minta untuk jawatan itu tetapi saya tidak menolak kerana Felda ini unik dan tidak ada di negara lain.

"Ia hanya ada di Malaysia sahaja dan kini banyak negara luar bertanyakan kita bagaimana untuk mewujudkan institusi ini di tempat mereka kerana melihat akan kejayaannya," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan bekas menteri besar Kedah dan ketua UMNO bahagian itu Tan Sri Osman Aroff.

Beliau berkata penubuhan Felda pastinya tidak dapat dipisahkan dengan negarawan ulung yang juga pemimpin UMNO Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua ketika itu dan sebab itu masyarakat di negara ini perlu mempertahankan apa yang telah dibina oleh pemimpin terdahulu.

"Sepatutnya kita memperkukuhkan lagi asas yang telah dibina ini dan bukannya bercita-cita untuk menguasai negara kerana demi nafsu, dendam dan bercita-cita politik," katanya.

Shahrir yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dan anggota Parlimen Johor Bahru itu berkata kejayaan Malaysia itu sewajarnya perlu dibanggakan dan sebagai rakyat ia perlu mempertahanakan apa yang ada.

"Janganlah ada pihak yang membawa cerita yang bukan-bukan kepada rakyat kononnya untuk selamatkan itu atau nak selamatkan ini kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan," katanya.

Beliau juga turut mengingatkan pembangkang agar tidak memomokkan kepada rakyat dengan pelbagai andaian seperti kononnya hutang negara tinggi.

"Sudahlah..ini benda lama yang diulang-ulang dan dimomok-momokkan sedangkan pada hakikatnya negara kita terus mencatat kemajuan demi kemajuan," katanya. - Bernama

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 31