TERKINI

Taktik baharu nelayan pukat tunda tukar waktu operasi dikesan

Taktik baharu nelayan pukat tunda tukar waktu operasi dikesan

18/08/2017 4:24pm


Ismail melepaskan 1,400 ekor anak penyu hari ini.


DUNGUN - Nelayan pukat tunda tempatan yang rakus menangkap ikan sehingga memasuki kawasan zon larangan dipercayai mula menukar taktik mereka dengan menjalankan aktiviti tersebut pada awal pagi sehingga waktu Subuh bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan berkata, kumpulan nelayan hanya dibenarkan menangkap ikan di kawasan yang telah ditetapkan namun ada segelintir daripada mereka didapati menceroboh kawasan daratan termasuk pulau yang diwartakan sebagai zon larangan.

"Pihak kami menyedari taktik tersebut dijalankan oleh segelintir nelayan apabila mereka mula menukar operasi menangkap ikan pada awal pagi hingga waktu Subuh selepas beberapa siri tangkapan dijalankan di negeri ini (Terengganu) dan Pahang.

"Oleh itu, kita bekerjasama rapat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk terus memburu mereka tanpa mengira waktu," katanya selepas majlis pelepasan 1,400 ekor anak penyu di Hotel The Qamar, Pantai Paka dekat sini hari ini.

Pelepasan anak penyu spesis agar itu merupakan kerjasama antara Jabatan Perikanan Malaysia bersama agensi swasta iaitu Hotel The Qamar, BP Petronas Acetyles Sdn. Bhd., dan Petronas Carigali Sdn. Bhd. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 31