NEGARA

5 jam polis kepung penyamun

5 jam polis kepung penyamun


INILAH kedai emas yang menjadi sasaran sekumpulan penyamun di pusat beli-belah Centre Point Kemaman, Chukai.


KEMAMAN – Sekumpulan penyamun yang dipercayai didalangi tiga lelaki warga asing berjaya melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM800,000 dari sebuah kedai emas di pusat beli-belah Centre Point Kemaman, Chukai di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.27 pagi itu, kesemua suspek bersenjatakan parang bertindak menebuk lubang pada dinding kedai emas yang menyewa dua lot kedai di kompleks berkenaan sebelum melarikan dua peti besi mengandungi barang kemas terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sebelum melakukan jenayah tersebut, ketiga-tiga lelaki bertopeng menangkap dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas sebagai penjaga keselamatan di kompleks itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 31