NEGARA

Bade-Erma sah cerai talak satu

Bade-Erma sah cerai talak satu


ERMA dikerumuni pemberita selepas selesai prosiding perceraian dengan Bade di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pengarah tersohor, Badaruddin Azmi atau Bade melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Erma Fatima di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam.

Lafaz cerai itu dibuat Bade, 53, di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin pada pukul 11.35 pagi.


BADE melafazkan cerai talak satu terhadap Erma di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.


Kedua-dua selebriti itu datang ke mahkamah secara berasingan apabila Bade menunggang motosikal manakala Erma yang terkenal dengan drama bersiri Mak Cun pula menaiki kenderaan.

Bade selaku plaintif memfailkan permohonan cerai terhadap aktres itu pada 10 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 32