NEGARA

Dua tan ikan dilambak di pantai

Dua tan ikan dilambak di pantai

AKIBAT perubahan monsun nelayan berjaya memukat lebih dua tan ikan sebelum melambakkan ikan-ikan gelama dan puput di tepi Pantai Mansor, Tuan Teh, Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada Selasa lalu.


KOTA TINGGI – Ratusan penduduk kampung berpesta mengutip ikan selepas hampir dua tan ikan gelama dan puput yang masih hidup dilambakkan di tepi Pantai Mansor, Tuan Teh, Tanjung Sedili di sini Selasa lalu.




Difahamkan akibat perubahan monsun dan musim tengkujuh, ia membawa rahmat kepada nelayan yang memukat di tepi pantai itu sehingga berjaya menaikkan lebih dua tan ikan dan udang.

Kumpulan nelayan tersebut dikatakan hanya mengambil ikan dan udang bersaiz besar sebelum melonggokkan ikan bersaiz kecil untuk dikutip penduduk.

Foto-foto pesta ikan terdampar di Tanjung Sedili itu berjaya menarik perhatian orang ramai, namun ditular kononnya ikan tersebut naik sendiri ke pantai dan petanda awal tsunami akan membadai daerah Kota Tinggi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 15