DUNIA

Ukraine siasat dakwaan bekal enjin peluru berpandu

Ukraine siasat dakwaan bekal enjin peluru berpandu

KIEV – Presiden Ukraine, Petro Poroshenko kelmarin mengarahkan satu siasatan dijalankan berhubung laporan bahawa Korea Utara membeli unit enjin peluru berpandu daripada sebuah kilang di negaranya.

Beliau bagaimanapun dakwaan itu yang disifatkannya ‘tidak masuk akal’.

Satu laporan oleh Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS) mendakwa misil-misil yang dilancarkan dalam ujian terbaharu Korea Utara menggunakan enjin era Kesatuan Soviet jenis RD-250 yang dibina di Dnipro, Ukraine.

Laporan IISS tidak menuduh pihak berkuasa Ukraine atau pengurus-pengurus kilang terlibat dalam penjualan komponen itu, namun percaya enjin-enjin itu mungkin dicuri daripada gedung simpanan fasiliti di negara berkenaan.

Kiev menyatakan kemarahannya ekoran satu artikel dalam akhbar New York Times bahawa enjin tersebut berasal dari Ukraine, menerusi satu kenyataan dalam laman web Presiden.

Poroshenko mengarahkan siasatan segera terhadap dakwaan New York Times mengenai penghantaran enjin misil atau teknologi berkaitan dari Ukraine ke Korea Utara.

"Walaupun tuduhan itu tidak masuk akal terhadap Ukraine, kami mesti siasat dengan terperinci mengenai dakwaan penghantarannya,” kata satu kenyataan memetik kata-kata Poroshenko.

Korea Utara menjayakan dua ujian misil balistik antara benua pada bulan Julai lalu, menurut laporan IISS, mungkin disebabkan oleh pembelian dan pembangunan semula enjin RD-250. – AFP

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 47