DUNIA

Filipina bunuh 25 lagi penjenayah dalam masa satu malam

Filipina bunuh 25 lagi penjenayah dalam masa satu malam


ANGGOTA polis menjalankan siasatan ke atas mayat seorang lelaki yang bergelimpangan di sebatang jalan raya di Manila, Filipina kelmarin. - REUTERS


MANILA – Sebanyak 25 penjenayah dibunuh dalam masa satu malam di ibu negara Filipina, kata polis termasuk 14 mati dalam operasi antidadah pada hari kedua tindakan besar-besaran pihak berkuasa negara itu.

Kes pembunuhan di seluruh Manila itu rentetan 32 kematian dalam operasi serentak polis pada malam Isnin lalu yang kemudian berlanjutan di wilayah Bulacan dekat sini pada Selasa lalu.

Serbuan polis itu memperlihatkan kejadian paling dahsyat akibat tindakan kontroversi Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang telah membunuh beribu-ribu rakyatnya yang terlibat dalam masalah najis dadah.

Ketua Polis Daerah Manila, Kolonel Joel Napoleon memberitahu wartawan, daripada penjenayah yang berjaya ditumpaskan sebanyak 14 orang terlibat dalam dadah, manakala 11 orang terbabit dalam jenayah rompakan serta juga mempunyai kaitan dengan dadah.

Bagaimanapun, identiti penyerang yang membunuh 11 orang masih belum diketahui dan insiden itu kini berada di bawah siasatan polis. – REUTERS

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 32