TERKINI

Satu pusat pemindahan banjir ditutup di Melaka

Satu pusat pemindahan banjir ditutup di Melaka

17/08/2017 9:50pm


Lima pusat pemindahan masih dibuka di Melaka. - Gambar fail


MELAKA - Pusat pemindahan banjir di Balai Raya Air Tawar, Jasin ditutup 8 malam ini selepas mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, sehingga kini, lima pusat pemindahan masih dibuka iaitu dua di daerah Jasin dan tiga di daerah Alor Gajah.

"Jumlah mangsa banjir pula menurun kepada 198 orang setakat 8 malam ini berbanding 263 orang petang tadi," katanya yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka dalam kenyataan di sini.

Effendy berkata, di Jasin, seramai 104 orang melibatkan 26 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel dan 16 orang daripada lima keluarga di Balai Raya Seri Mendapat.

Beliau berkata, seramai 13 orang melibatkan empat keluarga masih berada di Balai Raya Kampung Seri Jeram; 20 orang daripada enam keluarga di Tadika JAIM Kampung Pulau dan 45 orang daripada sembilan keluarga di SK Belimbing Dalam di Alor Gajah.

Menurut beliau, keadaan cuaca di Melaka pada ketika ini dilaporkan baik. - Bernama

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 31