TERKINI

Pelajar PPKI SMK Sungai Besar hasilkan tiga Jalur Gemilang guna teknik catan ibu jari

Pelajar PPKI SMK Sungai Besar hasilkan tiga Jalur Gemilang guna teknik catan ibu jari

17/08/2017 6:10pm


Beberapa orang murid SMK Sungai Besar menunjukkan Jalur Gemilang yang dihasilkan mereka.


SABAK BERNAM - Seramai 60 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PKPI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar berjaya menghasilkan tiga Jalur Gemilang menggunakan teknik catan ibu jari sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 tahun ini.

Guru Penolong Kanan PKPI, Aziz Rosman berkata, kesemua pelajar termasuk 20 orang guru mengambil masa selama tiga jam untuk menyiapkan tiga bendera sepanjang dua meter setiap satu.

Katanya, projek tersebut diadakan sempena program 'Jalur Gemilang Malaysiaku Sayang' anjuran pihak sekolah.

"Kesemua pelajar dan guru bergotong-royong menyiapkan tiga bendera itu yang dihasilkan menggunakan ibu jari mereka, ia sebagai simbolik menzahirkan rasa cinta dari hati mereka terhadap Jalur Gemilang.

"Melalui projek tersebut ia sekaligus dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah ini," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut di sini hari ini. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 32