TERKINI

Pegawai bomba terima sogokan kena reman tujuh hari

Pegawai bomba terima sogokan kena reman tujuh hari

17/08/2017 5:21pm


Dua pegawai kanan bomba di bawa ke Mahkamah Seksyen Kangar oleh anggota SPRM untuk mendapatkan perintah reman


KANGAR - Dua pegawai kanan bomba yang bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis di sini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah sebanyak RM1,200.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Seksyen Kangar, Monica Joseph Gaisah selepas dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anis Sofiah Che Hakim.

Kedua-dua tertuduh yang merupakan lelaki berumur 45 dan 49 tahun itu hadir di Kompleks Mahkamah Kangar di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 32