TERKINI

Bawa Jalur Gemilang dapat diskaun istimewa makan di Restoran d’Tandoor

Bawa Jalur Gemilang dapat diskaun istimewa makan di Restoran d’Tandoor

17/08/2017 2:35pm


Pengarah Urusan d’Tandoor International Group of Companies, Datuk Abdul Malik Abdullah memperkenalkan makanan istimewa dari utara India dan Arab, d’Tandoor sempena promosi bufet ‘Merdeka Launch’ bermula dari 16 Ogos sehingga 17 September depan di d’Tandoor [email protected], Precint 8, Putrajaya


PUTRAJAYA - Restoran yang menyajikan masakan Utara India dan Arab, d’Tandoor sekali lagi mengadakan promosi bufet ‘Merdeka Launch’ sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan yang ke-60 itu bermula dari 16 Ogos sehingga 17 September depan.

Tawaran tersebut diberikan kepada pelanggan-pelanggan yang membawa bersama Jalur Gemilang ketika berkunjung ke cawangan restoran-restoran d’Tandoor yang terdapat di [email protected], Precint 8, Putrajaya dan juga di Jalan SS21/62, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Pengarah Urusan d’Tandoor International Group of Companies, Datuk Abdul Malik Abdullah berkata, promosi tersebut adalah untuk tiga set menu yang berbeza dan kadar harga untuk set menu bagi empat orang adalah RM60 sudah termasuk caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus dan Cukai Barang dan Perkhidmatan sebanyak 6 peratus.

“Masakan yang disediakan adalah dari masakan utara India dan Arab.

Di antara barisan sajian tersebut disulami dengan beberapa masakan di antaranya ayam tandoori, aloo gobi punjabi, fish methi, nasi biryani, fish amritsari dan pelbagai aneka roti naan,” katanya.

Abdul Malik berkata, bagi kemudahan pelanggan-pelanggan yang beragama Islam yang ingin bersolat, ruang solat disediakan di d’Tandoor Damansara Utama manakala di d’Tandoor Putrajaya pula terdapat surau yang disediakan oleh [email protected] yang boleh menempatkan seramai 60 hingga 80 orang.

Dalam pada itu, d’Tandoor Group telah menganjurkan promosi bufet kemerdekaan bersama warga kementerian Putrajaya pada 15 Ogos lalu sebagai menghargai sokongan berterusan dari warga kementerian dari dulu hingga kini.

Antara tetamu yang akan hadir bagi memeriahkan majlis tersebut adalah Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (OKB), Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 47