NEGARA

Lagi sekolah ditutup di Sarawak

Lagi sekolah ditutup di Sarawak


Seorang anggota bomba melihat keadaan banjir di Sekolah Menegah Kebangsaan Tutoh Apoh di Long Panai, Kuching semalam.


KUCHING – Jumlah sekolah yang ditutup akibat banjir di negeri ini meningkat kepada lapan buah selepas bencana banjir yang melanda semakin buruk.

Lapan buah sekolah di Baram, Sebauh, Sibu dan Kapit diarahkan ditutup oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ekoran kawasan itu dinaiki air.

Lapan sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lenei, Baram; SK Kuala Kebulu, Sebauh; SK Bukit Balai, Sebauh; SJK Hang Kwang, Sibu; SK Nanga Assan, Sibu; SK Tanjung Latap, Sibu; SJK Yong Shing, Sibu; dan SK Nanga Kain, Kapit.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, penutupan kesemua sekolah tersebut melibatkan seramai 715 orang murid.

Menurut JPBNS, selain lapan sekolah berkenaan, terdapat 21 buah sekolah lain yang turut terjejas akibat bencana itu, namun sesi persekolahan tetap diteruskan memandangkan sekolah-sekolah terbabit hanya terputus hubungan akibat jalan raya dinaiki air banjir.

“Jumlah keseluruhan murid yang terlibat dari 21 buah sekolah terbabit ialah seramai 2,014 orang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 47