TERKINI

Tiga sekolah di Sarawak ditutup esok kerana banjir

Tiga sekolah di Sarawak ditutup esok kerana banjir

13/08/2017 11:34pm


Gambar hiasan.


MIRI - Seramai 183 orang murid dari tiga buah sekolah rendah di kawasan pedalaman Sarawak tidak dapat menjalankan sesi persekolahan esok berikutan banjir yang melanda kawasan sekolah mereka.

Sekretriat Jawatankuasan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, tiga buah sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kebulu dan SK Kuala Sigu kedua-duanya di Sebauh, Bintulu dan SK Long Bemang di Baram.

"Namun SK Nanga Balingiau di Kanowit akan beroperasi esok kerana keadaan banjir masih terkawal," katanya dalam satu kenyataan.

SK Kebulu mempunyai 48 orang murid, SK Kuala Sigu seramai 32 murid dan SK Long Bemang seramai 103 murid.

Ketiga-tiganya mempunyai 41 guru dan 21 kakitangan pentadbiran. - Bernama

Process time in ms: 31