TERKINI

Bilik makmal biologi USIM terbakar 80 peratus

Bilik makmal biologi USIM terbakar 80 peratus

13/08/2017 11:13pm


USIM


SEREMBAN - Sebuah bilik makmal biologi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai musnah 80 peratus dalam satu kebakaran petang tadi.

Penguasa Bomba Kanan Satu dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Lias Amat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.36 petang dan tiba lima minit kemudian bersama 21 anggota.

"Ketika sampai ke lokasi kejadian, api sedang marak. Bagaimana pun api dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 7.50 malam," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata, proses pemadaman itu turut mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya. - Bernama

Process time in ms: 32