TERKINI

Kafa cari orang baharu pimpin badan induk itu

Kafa cari orang baharu pimpin badan induk itu

13/08/2017 12:27pm



KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membuat tawaran terbuka kepada mana-mana individu yang mahu memimpin badan induk itu pada Kongres Agung Tahunan Kali Ke-63 pertengahan September ini.

Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md. Noor berkata, badan tersebut memerlukan individu yang berwibawa untuk mengembalikan semula kegemilangan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

"Jadi, saya merayu kepada para penyokong dan peminat serta seluruh rakyat Kelantan yang sayangkan The Red Warriors (TRW) tampil menawarkan diri untuk mengambil alih barisan kepimpinan baharu Kafa nanti.

"Perkara ini selaras dengan peraturan yang telah terkandung dalam perlembagaan Kafa," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Pada 8 November 2016, Tan Sri Annuar Musa secara rasmi melepaskan jawatannya sebagai Presiden Kafa selepas sedekad memimpin badan induk itu.

Tugas tersebut kemudian dipangku oleh Timbalan Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah. - K! OLNINE.

Process time in ms: 204