TERKINI

APMM tahan kapal korek pasir bersauh tanpa kebenaran

APMM tahan kapal korek pasir bersauh tanpa kebenaran

13/08/2017 11:16am


Kapal korek pasir yang ditahan APMM.


GEORGE TOWN - Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal korek pasir selepas didapati bersauh tanpa kebenaran di 5 batu nautika Barat Laut Tanjung Piandang di sini semalam.

Turut ditahan dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 1.40 petang itu adalah 10 kru kapal bersama seorang nahkoda warga China.

Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Rozali Mohd. Said berkata, pasukannya mengesan kelibat sebuah kapal korek pasir yang berada dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan rondaan di perairan negeri ini.

"Anggota kita telah menjalankan pemeriksaan dan mendapati vesel tersebutátelah melakukan kesalahan bersauhátanpaákebenaran di luar batas pelabuhan daripada Jabatan Laut Malaysia.

"Mereka akan disiasat di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance) MSO 1952 dan jika disabitkan kesalahan bolehádikenakan denda tidak melebihi RM100, 000.00 atauápenjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.ö katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. - K! ONLINE

Process time in ms: 31