NEGARA

Murid tidak sempat duduki UPSR

Murid tidak sempat duduki UPSR


Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui di Sungai Ring, Kampung Sri Menanti, Batu 22 Sengkang, Tangkak semalam.


TANGKAK – Kegembiraan lebih 10 orang budak mandi-manda di anak sungai bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas di Sungai Ring, Kampung Sri Menanti, Batu 22 Sengkang di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, mangsa, Mohd. Afiq Zahran Zamri (gambar kecil), 12, dipercayai terjatuh ke dalam anak sungai tersebut sedalam kira-kira dua meter selepas tergelincir ketika mahu naik ke tebing.

Mangsa merupakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sengkang di sini dan bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan depan.

Operasi mencari dan menyelamat Mohd. Afiq hanya dilakukan selepas dua jam kejadian itu kerana semua rakan seba­yanya yang takut dimarahi ibu bapa masing-masing mendiamkan diri selepas pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, mayat Mohd. Afiq ditemui oleh pasukan bomba tersangkut pada sebatang pokok kelapa sawit yang melintang di anak sungai berkenaan pada pukul 8.45 pagi semalam.

Jarak di antara lokasi mangsa tergelincir dengan tempat penemuan mayatnya sejauh 700 meter.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Varia!»

Bongkar sejarah Perang Naning

SHA HANIM menunjukkan buku keempat yang dihasilkannya berjudul Cincin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 31