DUNIA

500 penerbangan terjejas di Beijing

500 penerbangan terjejas di Beijing


BEBERAPA pelancong berpayung ketika hujan lebat di Dataran Tiananmen di Beijing, China semalam. - REUTERS


BEIJING – Ribut petir yang membadai Beijing semalam menjejaskan beratus-ratus pe­nerbangan di salah sebuah lapangan terbesar di dunia itu.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa hujan lebat dan angin kencang boleh menyebabkan tanah runtuh di kawasan gempa bumi berukuran 7.0 magnitud yang berlaku pada minggu ini.

Malah, tahap amaran cuaca turut dinaikkan daripada ku­ning kepada oren pada petang semalam selain memberi amaran bahawa kilat, hujan batu dan angin diikuti dengan taburan hujan berjumlah 70 milimeter bakal melanda bandar ini.

Kejadian itu dikatakan berpotensi mengakibatkan banjir kilat di kawasan pergunungan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dalam satu kenyataan menggesa pelancong supaya mengemas kini penerbangan keluar dan masuk mereka dari bandar ini.

Hampir 500 penerbangan dibatalkan dari pukul 9 pagi (waktu tempatan) hingga te­ngah malam, manakala 182 jadual penerbangan terpaksa ditangguhkan di lapangan terbang yang paling sibuk di China itu.

Hujan lebat dikatakan sering kali berlaku di sini terutamanya pada musim panas sekali gus menyebabkan penangguhan penerbangan dalam tempoh yang lama.

Pusat Meteorologi Kebangsaan China turut memberi amaran kepada pasukan penyelamat yang bekerja di Jiuzhaigou, barat daya wilayah Sichuan supaya berhati-hati dengan kejadian tanah runtuh dan petir. – Reuters

Varia!»

Bongkar sejarah Perang Naning

SHA HANIM menunjukkan buku keempat yang dihasilkannya berjudul Cincin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 32