DIVA INTERAKTIF

Azhar tayang wanita ‘misteri’

Azhar tayang wanita ‘misteri’

AZHAR memuat naik gambar dirinya bersama seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya di Instagram.


SELEPAS Azhael dibubarkan, ahli duonya, Azhar rasanya lama juga Diva tidak dengar cerita. Cumanya, baru-baru ini Diva ada perasan Azhar ada berkongsi gambar wefie dirinya bersama seorang wanita yang boleh tahan cantik!

Memang nampak manis bertudung. Kulit pun sama cerah dengan Azhar. Orang kata memang sama cantik sama padan. Cumanya, Diva dan netizen pun tertanya-tanya siapa gerangan wanita tersebut. Bukan apa, dalam perkongsian gambar itu, Azhar hanya memuat naik status ‘Nanti sokong saya ye’ yang disertakan dengan emotikon berbentuk bunga.

Bukan apa, setahu Diva, sebelum ini Azhar pernah dikaitkan dengan penyanyi seangkatannya juga kelahiran Akademi Fantasia, Amira Othman. Tapi tak pasti pula apa jadi dengan hubungan tersebut. Tiba-tiba, muncul pula gadis bertudung yang lain.

Menerusi komen-komen netizen, Diva macam dapat hidu bahawa wanita tersebut mungkin seseorang yang istimewa. Kalau bukan, masa kan pula orang dok ucap tahniah berduyun sehingga ada yang kata ‘bau nasi minyak’. Betul ke Azhar?

Diva: Betul ke ada penyanyi lelaki yang sudah lama menghilang itu sudah bertukar jelita.

Rencana Utama!»

LOST in KL cabar adrenalin peserta

SAAT sedang cuba menyelesaikan misteri permainan, kedua-dua pengunjung ini terkejut apabila melihat kelibat hantu yang dipenuhi darah dan sedang menjerit dengan kuat.

Process time in ms: 31