VARIA

Jemaah haji terima bekalan kit kesihatan

Jemaah haji terima bekalan kit kesihatan


WAN AMIR JEFFERY (kanan) menyampaikan kit kesihatan kepada wakil petugas haji di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.


Menerusi program tahunan Sahabat Korporat Tabung Haji, syarikat farmaseutikal, Chemical Company of Malaysia Bhd. (CCM) menyumbangkan 28,000 kit kesihatan peribadi mengandungi ubat-ubatan bernilai RM821,000 kepada jemaah haji Malaysia pada tahun ini.

Sokongan berterusan syarikat tersebut kepada program itu mencerminkan tekadnya untuk memastikan jemaah haji negara ini dapat menunaikan rukun Islam kelima itu dengan lancar.

Selain itu, di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, CCM menyediakan 200 kit kesihatan untuk kumpulan pertama petugas haji yang berlepas ke Mekah pada 17 Julai lalu untuk menjaga kebajikan dan keselamatan jemaah.

Ketua Pegawai Strategi CCM Duopharma Biotech Bhd, Wan Amir Jeffery Wan Abdul Majid berkata, pihaknya komited untuk menjadikan ibadah haji bagi jemaah Malaysia satu pengalaman tanpa tekanan dan diisi kenangan yang sukar dilupakan.

Tambahnya, ia dilakukan menerusi bekalan kit kesihatan yang direka bentuk bagi keperluan jemaah yang menghidap penyakit biasa atau kecemasan perubatan.

“Setiap umat Islam ingin menunaikan ibadah haji sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. Pada musim haji, berjuta-juta jemaah dari seluruh dunia berkumpul di Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah di bawah keadaan cuaca yang terlalu panas dan bersesak-sesak.

“Keadaan ini sudah pasti meningkatkan risiko pelbagai penyakit. Sebagai pengeluar produk farmaseutikal terkenal yang disahkan halal di Malaysia, CCM bertuah kerana dapat menyumbangkan produk yang bermutu tinggi untuk memastikan mereka dapat menunaikan kewajipan dengan sempurna di Tanah Suci,” kata Wan Amir Jeffery menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

Sumbangan tahun ini menandakan penglibatan CCM selama 14 tahun dalam program tersebut dengan sumbangan setakat ini berjumlah 482,000 kit kesihatan bernilai lebih RM10 juta.

Varia!»

Bongkar sejarah Perang Naning

SHA HANIM menunjukkan buku keempat yang dihasilkannya berjudul Cincin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 47