NEGARA

Exco Pulau Pinang ditahan SPRM

Exco Pulau Pinang ditahan SPRM

BOON POH (kanan) dan Rayer ketika hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah semalam.


GEORGE TOWN Exco kerajaan Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung operasi sebuah kilang memproses habuk kayu haram di Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh, Bukit Mertajam di sini semalam.

Exco kanan DAP yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah pada pukul 2.45 petang.

Boon Poh, 65, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu hadir ke pejabat SPRM dengan menaiki kenderaan rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan turut ditemani peguam, R.S.N. Rayer.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 31