AURA JUITA

Kepelbagaian fungsi Misschuu Liptint

Kepelbagaian fungsi Misschuu Liptint


Nursyuhada Nabila bersama dengan Misschuu Liptint.


Inovasi yang berlaku dari semasa ke semasa dalam industri kecantikan dan kesihatan membolehkan sesebuah produk mempunyai pelbagai fungsi.

Gincu juga tidak terkecuali daripada perkembangan tersebut dan satu daripada pengeluar barangan kosmetik tempatan, Syuhada Nabila Enterprise menawarkan Misschuu Liptint yang mempunyai pelbagai fungsi.

Pengasasnya, Nursyuhada Nabila Kamarudin berkata, gincu tersebut tidak hanya mempunyai fungsi sebagai barangan kosmetik malah berperanan sebagai produk rawatan bibir.

Katanya, gincu berkenaan mendapat khasiatnya daripada beberapa bahan yang dipercayai mempunyai khasiat berguna kepada bibir pengguna, antaranya ekstrak minyak jojoba, vitamin A dan E.

“Misschuu Liptint mengandungi pelbagai khasiat positif seperti membantu pengguna untuk mengatasi masalah bibir gelap, kering dan menggelupas.

“Produk berasaskan air itu juga mengandungi ekstrak makanan sunah seperti madu kerana kami percaya ia boleh membantu pengguna mendapatkan bibir yang lebih merah secara semula jadi,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Pada masa sama, Nursyuhada Nabila berkata, gincu berkenaan didatangkan dalam lima warna iaitu Seductive Pink (merah jambu lembut), Sexiest Pink (merah jambu terang), Allure Red (merah delima), Orange Hot Smiley (oren) dan Midnight Red (merah darah).

“Misschuu Liptint mudah untuk digayakan oleh si pemakai. Langkah pertama penggunaannya, mereka cuma perlu menyapu sedikit balsam pada permukaan bibir, kemudian calitkan gincu berkenaan sebelum meratakannya menggunakan jari.


MissC HUU Liptint dijual pada harga mampu milik iaitu RM25.


“Menariknya tentang produk ini, ia juga boleh digunakan sebagai pemerah pipi. Titiskan tiga titisan gincu itu pada tiap-tiap pipi pengguna dan ratakannya,” katanya.

Menurut Nursyuhada Nabila, Misschuu Liptint yang didatangkan dalam botol bersaiz enam mililiter (ml) dijual pada harga RM25 di Semenanjung Malaysia dan RM30 di Sabah dan Sarawak.

“Gincu yang telah terjual lebih 10,000 unit sejak mula dipasarkan pada Mac lalu itu sesuai digunakan oleh pengguna perempuan berusia antara 16 hingga 30 tahun,” katanya.

Katanya, pengguna tidak perlu bimbang sekiranya gincu tersebut akan habis digunakan dalam tempoh yang singkat kerana ia boleh bertahan sehingga enam bulan lamanya bergantung kepada cara penggunaan si pemakai.

Beliau memberitahu, kesan penggunaan produk yang mengangkat tagline Cantik Persis Korea tersebut boleh didapati selepas tiga minggu si pemakai menggunakannya.

“Kami juga ada mengeluarkan Misschuu Ombre Edition yang mana dalam satu kotak ada dua gincu berlainan warna.

“Ombre maksudnya gabungan warna, jadi si pemakai boleh gabungkan dua warna gincu yang berbeza untuk menghasilkan ombre lips atau lebih dikenali di Korea Selatan sebagai gradient lips.

“Ia dijual pada harga RM55 di Semenanjung Malaysia dan RM60 di Sabah dan Sarawak,” katanya yang turut menegaskan bahawa mereka yang gemarkan gincu bersifat ringan sesuai menggunakan produk berkenaan.

Rencana Utama!»

Koleksi berjenama, vintaj resipi kejayaan Buntil

kedai Buntil yang diusahakan oleh Sting dan Adnan ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Varia!»

Yoga gaya hidup baharu di Myanmar

THU ZAR sanggup meninggalkan kerjaya sebagai peguam demi kecintaannya terhadap senaman yoga.

Process time in ms: 31