VARIA

Kuih kapit berinti Kapitz King rangup

Kuih kapit berinti Kapitz King rangup


Nooraini berjaya memasarkan Kapitz King ke seluruh Malaysia.


KUIH kapit atau lebih dikenali sebagai apit-apit dan rokok Arab bukanlah asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Kuih tradisional Melayu dan Peranakan itu sering menjadi juadah ketika minum petang dan sambutan hari raya.

Hakikatnya kuih tersebut juga digemari masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kuih kapit antara menu penyeri sewaktu dan selepas majlis makan besar pada malam Tahun Baru Cina.

Seiring dengan peredaran zaman, kuih kapit turut melalui proses revolusinya tersendiri, sekali gus menambat hati golongan muda.

Sajian tersebut tidak lagi dijamah begitu sahaja, sebaliknya ia ditambah pelbagai inti pada bahagian tengah bagi menambahkan keenakan rasanya.

Usaha sama turut dilakukan oleh salah seorang usahawan, Nooraini Mohd. Noor, 53, yang mengusahakan perniagaan kuih kapit dengan jenama Kapitz King.

Nooraini yang menetap di Ampang, Selangor itu memberitahu, sejak memulakan perniagaan pada tahun 2013, Kapitz King sentiasa mendapat sambutan daripada pelanggan.

Katanya, setiap bulan hampir 1,000 balang kuih kapit berjaya dijualnya dan jumlah tersebut akan meningkat lapan kali ganda ketika musim perayaan.

Kapitz King menawarkan enam pilihan inti iaitu coklat, mentega kacang, coklat almond, mentega kacang almond, cappuccino dan asli.

“Resipi kuih kapit ini ciptaan saya bersama anak-anak selepas mempelajari adunan dan cara pembuatannya di internet.

“Kami mengambil masa hampir dua bulan untuk menghasilkan kuih kapit yang betul-betul rangup dan sedap,” katanya ketika ditemu bual Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Nooraini, Kapitz King berbeza dengan kuih kapit jenama lain kerana ia dihasilkan dengan cukup teliti dengan inti dimasukkan menggunakan teknik dari dalam ke luar.

Jelas ibu kepada tiga cahaya mata itu, menerusi teknik tersebut inti yang dimasukkan ke dalam kuih kapit lebih banyak dan tidak mudah terkeluar.

“Kami sering mendapat maklum balas positif daripada pelanggan yang mengatakan kuih kapit Kapitz King rangup dan mempunyai inti yang lebih banyak.

“Kami juga menggunakan coklat yang lebih berkualiti sebagai inti bagi memberi kepuasan kepada pengguna,” katanya.

Kapitz King boleh didapati daripada 60 ejen tetap yang terdapat di seluruh negara dan Singapura. Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi carian Facebook, Kapitz King HQ.

Varia!»

Bongkar sejarah Perang Naning

SHA HANIM menunjukkan buku keempat yang dihasilkannya berjudul Cincin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 31