DUNIA

Kenyataan Trump berbahaya – China

Kenyataan Trump berbahaya – China


AP - SEBUAH pesawat tentera udara AS, A-10 Warthog dirakam terbang di Pangkalan Udara AS di Pyeongtaek, Korea Selatan semalam.


BEIJING – China menyifatkan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Do­nald Trump terhadap Korea Utara dengan ancaman ‘api dan kekerasan’ amat berbahaya.

Menurut China, kenyataan seperti itu bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan kete­gangan dalam isu pembangunan senjata nuklear Pyongyang sebaliknya menyemarakkan lagi masalah.

“Suasana di Semenanjung Korea amat rumit dan sensitif, pihak-pihak yang terlibat perlu mengelak daripada mengeluarkan perkataan dan tindakan yang akan memburukkan lagi ke­a­daan,” kata Kementerian Luar China dalam satu kenyataan.

Kementerian itu mengulas mengenai kenyataan Trump kelmarin bahawa Korea Utara bakal berhadapan dengan ‘api dan kekerasan’ yang tidak pernah dilihat oleh dunia jika terus memberi ancaman kepada AS.

Trump mengeluarkan amaran itu selepas Pyongyang berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk melancarkan peluru berpandu ke Pulau Guam yang merupakan wilayah milik AS.

Sekiranya dimuktamadkan, rancangan berkenaan akan dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja sebaik pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un membuat keputusan, lapor Agensi Berita Korea Tengah yang memetik kenyataan seorang tentera.

China merupakan rakan sekutu dan rakan perdagangan terbesar Pyongyang sejak sekian lama menggesa AS dan Korea Utara supaya mencari penyelesaian melalui meja rundingan dalam usaha menghapuskan program nuklear negara jirannya.

Kenyataan Trump merupakan amaran keras Washington ke atas program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara yang menyaksikan sekatan terbaharu dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada minggu ini. – AFP

Varia!»

Bongkar sejarah Perang Naning

SHA HANIM menunjukkan buku keempat yang dihasilkannya berjudul Cincin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Process time in ms: 46