TERKINI

Pengarah drama Izinkan Aku Mencintaimu nafi dakwaan Afifah

Pengarah drama Izinkan Aku Mencintaimu nafi dakwaan Afifah

10/08/2017 12:21pm


Mansor (kiri) menjawab soalan daripada wartawan.


KUALA LUMPUR - Pengarah drama Izinkan Aku Mencintaimu, Mansor Akob menafikan dakwaan pelakon Afifah Nasir yang kononnya dipergunakan produksi untuk memujuk dan melayan karenah Aliff Aziz bagi melancarkan penggambaran drama tersebut.

Menurut Mansor, sepanjang penggambaran, dia tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian.

"Kami hanya cakap-cakap kosong dalam kalangan kami. Tapi itu bukan perancangan pihak produksi.

"Tentang masalah di set adalah perkara normal, mana-mana produksi mengalami masalah yang sama. Namun, kedua mereka memberi kerjasama yang baik," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama tersebut di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Mansor juga tidak tahu tentang kehadiran Aliff dan Afifah di premis karaoke pada 27 Julai lalu.

"Saya langsung tidak tahu perancangan mereka di pusat karaoke tersebut," tegasnya ringkas.

Terdahulu, menerusi sidang akhbar yang diadakan oleh Afifah Isnin lalu, adik kepada pelakon Anzalna mengakui insiden di pusat karaoke berkenaan merupakan urusan kerja.

Malah Afifah menjelaskan itu adalah perancangan yang diatur pihak produksi bagi melancarkan proses penggambaran.

Bagaimanapun kenyataan Afifah disangkal oleh Aliff dan menyifatkan ia sebagai karut. - K! ONLINE

Process time in ms: 31