AURA JUITA

Penjagaan kulit wajah lebih mudah dengan Glowing Serum

Penjagaan kulit wajah lebih mudah dengan Glowing Serum


NUR FATIEN bersama dengan Glowing Serum.


Rata-rata pengguna di negara ini mahukan produk kesihatan yang mampu milik dan dirumus menggunakan bahan berkualiti.

Ini kerana sudah ramai yang menyedari akan kemampuan syarikat tempatan untuk menghasilkan produk kesihatan yang boleh dinikmati pengguna pada harga rendah, namun memiliki kualiti setanding jenama antarabangsa.

Beadoll Beauty Empire yang mengeluarkan produk kesihatan berjenama Beadoll Beauty menyahut cabaran tersebut apabila mereka mengeluarkan Glowing Serum yang berharga RM28 sebotol sahaja.

Pengasas Beadoll Beauty, Nur Fatien Mokhtar berkata, produk tersebut yang didatangkan di dalam botol bersaiz 60 mililiter (ml) itu telah dirumus menggunakan bahan-bahan yang dipercayai mempunyai kesan positif ke atas kulit pengguna.

Jelasnya, ini kerana mereka telah melakukan kajian terlebih dahulu terhadap bahan-bahan yang mampu membantu pengguna untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat.

“Antara bahan berkualiti yang kami gunakan dalam penghasilan Glowing Serum ialah ekstrak bunga chamomile yang diimport khas dari Jerman.

“Selain ekstrak bunga tersebut, serum itu juga mendapat khasiatnya daripada aloe vera, vitamin C dan E serta retinol yang terbukti berguna untuk kulit,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Nur Fatien, Glowing Serum boleh digunakan oleh semua peringkat golongan bermula daripada bayi yang baru dilahirkan sehinggalah ke warga emas.

“Tidak kira lelaki ataupun wanita, semua boleh menggunakannya. Ia termasuklah mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif.

“Produk itu mempunyai beberapa kegunaan seperti membantu mencerahkan kulit pengguna, membantu mengurangkan jerawat dan jeragat, mengurangkan ruam bayi serta mengembalikan kelembapan kulit,” ujar beliau.

Beliau memberitahu, pengguna tidak perlu bimbang sekiranya produk berkenaan akan habis digunakan dalam tempoh singkat ekoran ia didatangkan dalam botol bersaiz 60 mililiter.

Nur Fatien menjelaskan, Glowing Serum boleh bertahan antara dua hingga tiga bulan kerana pengguna cuma perlu menggunakannya dalam kuantiti yang sedikit setiap hari.

“Serum itu perlu digunakan sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Setiap kali menggunakannya, pelanggan hanya perlu menekan sekali atau dua kali botol serum itu pada tapak tangan sebelum ia diratakan di wajah.

“Selain itu juga, Glowing Serum boleh digunakan sebagai pencuci solekan, sekali gus menjadikan produk yang ideal digunakan bagi wanita yang gemar mengenakan solekan,” katanya.

Tambah Nur Fatien, produk tersebut boleh dibeli menerusi ejen Beadoll Beauty yang berada di seluruh negara dan Brunei serta secara online.

Process time in ms: 31