AURA JUITA

Glowhite, tablet kunyahan pencerahan kulit

Glowhite, tablet kunyahan pencerahan kulit



SEMAKIN usia menginjak dewasa, tubuh manusia sudah pasti memerlukan zat dan khasiat yang cukup bagi menampung segala nutrien dan tenaga yang telah digunakan.

Oleh itu, kita memerlukan suplemen tambahan untuk mengekalkan kesihatan masing-masing termasuklah bagi penjagaan kulit dan tenaga tambahan agar tidak mempunyai masalah dalam mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Menyedari perkara tersebut, syarikat pengeluar produk kecantikan dan kesihatan, V’Asia menawarkan satu formula khas pemakanan tambahan yang sesuai diamalkan oleh semua lapisan usia dikenali sebagai Glowhite Tablet.

Pengasas V’Asia, Datuk Azril Mohd. Radzi berkata, Glowhite Tablet mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia dirumus khas daripada bahan-bahan berkualiti berkhasiat seperti kolagen, vitamin C, serbuk jus raspberi, ekstrak tomato, sel stem epal dan lain-lain.

“Produk ini merupakan makanan kesihatan berbentuk tablet kunyahan berperisa seperti gula-gula dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta boleh dimakan pada bila-bila masa tanpa perlu dibancuh.

“Pengambilan produk ini akan menjadikan tona kulit lebih cerah dan sekata, kulit lebih gebu, lembap, tegang, merawat masalah jerawat, bertindak sebagai agen anti penuaan selain meningkatkan sistem imunisasi badan,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Jelasnya lagi, produk itu boleh diambil satu hingga dua biji sehari dan kesan mampu dilihat seawal satu minggu bergantung kepada hormon seseorang.

Tambahnya, walaupun memiliki potensi dan manfaat yang cukup luar biasa, pengguna dinasihatkan untuk minum air kosong sekurang-kurangnya dua liter sehari bagi membantu proses pencerahan yang optimum dan lebih berkesan.

Menyentuh mengenai bahan-bahan utama yang digunakan dalam menghasilkan tablet kunyahan tersebut, Azril menyatakan ia dirumus menggunakan kolagen yang berperanan membantu dan memperbaiki sel kulit mati sekali gus mencerahkan serta meremajakan kulit.


PRODUK ini dihasilkan dalam bentuk tablet kunyahan.


“Yis ceramide yang digunakan merupakan bahan tinggi zat dan vitamin yang menjadi sumber anti penuaan yang baik dalam memelihara kesihatan kulit secara menyeluruh.

“Ekstrak sakura turut digunakan kerana kami percaya kandungannya yang penuh dengan antioksidan mampu menjadikan kulit lebih sihat dan cerah selain kandungan lactobacillus yang dikenali sebagai bakteria baik probiotik berperanan menghalang radang organ usus besar,” ujarnya yang menyatakan terdapat 40 biji tablet dalam setiap botol.

Jelas Azril lagi, menurut kajian klinikal yang dijalankan, kandungan applephenon yang digunakan merupakan bahan yang paling tinggi kandungan antioksidan dalam membantu memelihara kulit dari serangan radikal bebas.

Pengguna juga tidak perlu bimbang dan was-was untuk menggunakan produk keluaran V’Asia kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Ujarnya lagi, Glowhite Tablet tersebut dijual pada harga RM38 bagi Semenanjung Malaysia dan RM40 bagi Sabah dan Sarawak serta perlu diambil dua kali sehari pada sebelah pagi dan malam untuk keberkesanan berpanjangan.

Process time in ms: 31